ijtimak tarbawi dpp

ijtimak tarbawi dpp

Saturday, September 26, 2009

Pelancaran Jentera Pemuda PR N31 Bagan Pinang

2 comments
Pada 26 September 2009 jam 530pm bertempat di Bagan Pinang (belakang masjid Bagan Pinang) telah berlangsung majlis perasmian dan pelancaran jentera pilihanraya N31 pemuda Pakatan Rakyat. Sempena dengan bulan syawal ini majlis ini telah diserikan dengan sambutan hari raya pemuda pakatan rakyat di perkarangan rumah PakDin.

Pimpinan Pas dari DPP diketuai oleh Ustaz Nasaruddin Tantatawi dan Ust Shafawi Azman manakala PKR diterajui oleh ketua AMK Saudara Shamsul Iskandar dan DAP dikepalai oleh Ketua DAPSY Pusat YB Loke. Juga kehadiran pimpinan pakatan rakyat dari peringkat negeri dan pusat.

DPP Hulu Selangor telah menghantar 3 orang wakil walaupun sasaran awal untuk mendapatkan 20 wakil dpp kawasan. Ini disebabkan masih ramai lagi ahli yang bercuti di kampung dan dalam mode berhari raya disamping ada yang telah kembali bertugas. Jumlah kehadiran pada petang ini dianggarkan sekitar 300 orang.


Banner besar di hadapan simpang masuk masjid Bagan Pinang


Masjid Bagan Pinang dari luar


Perkarangan rumah antik


Antara hadirin yang hadir kusyuk mendengar ceramah dari pimpinan PR. Sebelum mengakhiri ucapan, saudara Shamsul Iskandar menjual pantun kepada tuan pengerusi majlis. Mungkin terkejut dengan pantun tersebut menyebabkan pengerusi majlis terpaksa menjawab pantun tersebut pada penghujung majlis.

Mungkin ramai diantara kita yang tidak terlintas fakta yang dikemukakan oleh Saudara Shamsul Iskandar. PRK yang ke 9, di negeri 9, pada bulan 9. Manakala dari YB Loke pula, PRK kali ni jatuh pada bulan 8 kalender cina yang merupakan nombor ong bagi masyarakat Tionghua.





Setelah majlis selesai, kami sempat singgah ke pantai Bagan Pinang untuk mengabadikan kenangan. Akan kami gempur lagi Bagan Pinang pada hari penamaan dan tempoh berkempen. Semoga kemenangan menyebelahi Pakatan Rakyat. Amin


.......Baca selanjutnya »

Thursday, September 24, 2009

Tiada Maaf Bagimu............

0 comments
Kemunculan Aidilfitri 1430H mengundang pelbagai reaksi yang tidak diduga di Perak. Dilaporkan banner ucapan selamat hari raya dari kerajaan haram Perak amat tidak digemari oleh rakyat perak. Ada diantara kain rentang berkenaan disimbah dengan cat merah, cat hitam atau pun diconteng dengan tulisan yang mengutuk dan mengeji pimpinan BN Perak. Berikut adalah beberapa kain rentang yang sempat dirakankan oleh lensa Harakahdaily


Wajah Menteri Besar BN Perak, Zambry disembur dengan cat hitam


Gambar salah seorang Exco kerajaan BN Perak, Hamidah disembur dengan cat hitam


"MB HARAM JADAH"

Suara rakyat menuntut keadilan kali ini amat nyaring bunyinya. Semestinya sentiasa terngiang-ngiang di telinga setiap pemimpin BN Perak, mungkin membawa satu mimpi yang ngeri.
.......Baca selanjutnya »

Wednesday, September 16, 2009

Tahanan ISA Dibebaskan: Kemengan Aidilfitri 1430H

0 comments
Dengan nama ALLAH tuhan yang maha pemurah lagi maha pengasihani.
Segala pujian bagi ALLAH tuhan sekelian alam. Berita pembebasan tahanan ISA yang tersiar di media utama semalam disambut dengan penuh syukur. Sesungguhnya dugaan yang dihadapi dan kesabaran yang ditanggung oleh mangsa kekejaman ISA dan ahli keluarga selama ini tidak dapat ditukar ganti dengan pedih dan perit menghidu bom asap dan hujan pancutan air kimia FRU.

Menurut pengerusi GMI, mereka yang dibebaskan perlu diberitahu kesalahan mereka kerana selama penahanan di ISA mereka tidak pernah dituduh secara rasmi. Sekiranya tiada bukti yang jelas mereka wajib diberi pampasan yang setimpal selama mana menghadapi kesengsaraan di kem tahanan ISA oleh pihak yang menahan.



Begitu juga dengan nada yang disuarakan oleh YB Salahuddin Ayub untuk menyediakan bantuan guaman PAS kepada sekiranya mereka yang ditahan terdahulu itu berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang.

Mengulas lanjut YB menegaskan prinsip keadilan dalam Islam mensyaratklan seseorang itu dibuktikan kesalahan melalui perbicaraan yang adil sebelum dijatuhkan hukuman.

Sedikit sebanyak perjuangan rakyat menentang undang-undang rimba yang zalim akan diberi suntikan semangat yang baru sehingga terhapusnya ISA dibumi Malaysia ini .......Baca selanjutnya »

Tuesday, September 15, 2009

PRK N31 Bagan Pinang: Penamaaan Calon Sabtu, Mengundi Ahad

0 comments
Pengumuman yang baru dikeluarkan oleh SPR seakan-akan dijangkakan. Penamaan calon pada 3/10 dan pengundian pada 11/10. Soalan yang paling top: how on earth did SPR dare to pick the polling date on non working day?

Jawapan yang agak mudah dan rambang ada dinyatakan dalam pola pecahan pengundi dibawah:

Sebenarnya pecahan kompisisi kaum tidak memberi apa-apa kelebihan kepada BN. Yang tersirat disebalik carta pecahan kompisisi kaum ini adalah jumlah pengundi pos yang berada dalam N31.

"Daftar pemilih ini mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.
..........dipetik dari malaysiakini


PAS bagaimanapun akan mengadakan pertemuan dengan SPR pada 28 Sept depan bagi membincang secara khusus berkaitan undi pos yang dilihat tidak telus dan boleh dimanipulasi.

Pertemuan itu antara lain memfokuskan kepada prosedur mengundi yang dilihat memberi ancaman kepada anggota, dan rantaian keselamatan peti undi sebelum hari penjumlahan.

ImageKetua pengarah Operasi Pilihan raya PAS Bagan Pinang, Dr. Dzulkifli Ahmad pula berkata, ancaman pengundian wujud pada prosedur di mana setiap anggota diminta memasukkan kedua dua sampul borang kehadiran mengundi dan sampul kertas undi ke dalam satu sampul lain sebelum diletakkan dalam beg peti undi.

"Ini satu bentuk ancaman kepada anggota, bila boring kehadiran dilettakkan bersama kertas undi, bermakna kerahsiaan undi mereka dicabuli.

"Ini yang kita akan bincang dengan SPR," katanya kepada harakahdaily.
..............dipetik dari harakahdaily



Jadi apakah kaitan dengan pengundi pos, hari pengundian ahad dengan BN? Sama-sama kita fikirkan.


Apa pun PAKATAN RAKYAT khususnya PAS yang akan bertanding di N31 akan berusaha dengan lebih gigih dan insyaallah kemenangan akan berpihak kepada yang benar.
AMIN .......Baca selanjutnya »

Friday, September 4, 2009

Kota Siputeh: SU MB Pahang persoal SPR

0 comments
dipetik dari Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 4 Sept:
Tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah menjalankan pilihan raya dan bukannya menentukan samada pilihan raya diadakan atau tidak diadakan, kata Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang, Datuk Shamsuddin Nawawi.

Ketika menulis mengenai keputusan SPR yang mengisytiharkan tidak berlaku kekosongan pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di dalam blognya (dongtalk.blogspot.com), beliau berkata, dalam hal menentukan samada berlaku kekosongan dalam dewan, sepatutnya SPR hanya menjalankan pilihan raya atas pengisytiharan kekosongan oleh dewan dan bukannya mengeluarkan satu perintah atau keputusan mesyuarat mengetepikan keputusan atau perisytiharan yang telah dibuat oleh dewan.

Dalam postingnya yang bertajuk "Undang-undang apa yang benarkan SPR sanggah Dewan Undangan Negeri?" Shamsuddin mengemukakan beberapa persoalan.

"Kenapa SPR tidak terima apa yang telah diisytiharkan oleh Speaker Dewan Negeri Kedah?

"Bolehkah SPR membuat keputusan bercanggah dengan keputusan yang telah dibuat oleh dewan?"

Beliau juga mempersoalkan, ahli dewan adalah bertanggungjawab (answerable) kepada dewan atau kepada SPR?

"Dalam kes Kota Siputeh Kedah ini, ahli dewan berkenaan diminta memberi penjelasan kepada SPR walaupun penjelasannya mengenai ketidakhadiran mesyuarat dewan itu telah ditolak oleh Speaker dewan.

"Dari peruntukan undang-undang mana datangnya kuasa SPR untuk menyanggah atau mengenepikan keputusan yang telah dibuat oleh dewan?" soal beliau lagi.

Merujuk kepada peraturan DUN Pahang, Shamsuddin berkata berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan juga Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang, keputusan mengesahkan ada berlaku kekosongan luar jangka adalah pada dewan dan bukannya SPR.

"Dewan Undangan Negeri (dibaca juga sama erti dengan Parlimen) adalah salah satu dari tiga cabang pemerintahan negara secara demokratik. Yang lain ada Ekeskutif dan Kehakiman.

"Dibandingkan dewan atau Parlimen dengan SPR, SPR tidak sepatutnya mempunyai apa-apa kuasa yang melebihi dewan! SPR tidak boleh overrule (mengatasi) apa-apa keputusan yang telah dibuat oleh dewan!" kata beliau yang berkelulusan undang-undang.

Beliau menjelaskan, dalam hal menentukan samada berlaku kekosongan dalam dewan, sepatutnya SPR hanya menjalankan pilihan raya atas pengistiharan kekosongan oleh dewan dan bukannya mengeluarkan satu perintah atau keputusan mesyuarat mengenepikan keputusan atau peristiharan yang telah dibuat oleh dewan.

Beliau menutup tulisannya dengan menyatakan: "Perlukah dewan merujuk dulu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, setiap kali berlaku kekosongan akibat kematian?

"SPR adalah Suruhanjaya dan sepatutnya patuh kepada keputusan dewan dan bukannya diberi kuasa untuk mengenepikan keputusan dewan.

"Tugas SPR ialah menjalankan pilihan raya dan bukannya menentukan samada Pilihan raya diadakan atau tidak diadakan!

"SPR tidak boleh menjadi mahkamah dalam menentukan kedudukan seseorang Ahli Dewan dan bukan sama sekali "Mahkamah Rayuan" bagi ahli dewan yang telah dilucutkan kerusinya!"

Selasa lalu, SPR memutuskan bahawa Datuk Abu Hassan Sarif masih kekal sebagai ADUN Kota Siputeh, Kedah.

Oleh itu, menurut SPR, pilihan raya kecil tidak perlu diadakan bagi kerusi DUN tersebut.

"Setelah meneliti dokumen dan mengkaji fakta yang dikemukakan kepada SPR serta kedudukan undang-undang yang berkaitan, pada menjalankan kuasa di bawah Fasal (5) Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, surat cuti sakit yang dikemukakan oleh ADUN Kota Siputeh, diterima oleh SPR bahawa kegagalan beliau menghantar surat cuti sakit kepada Speaker lebih awal tidak menjadikan surat cuti sakit itu terbatal," kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Abdul Aziz berkata sebelum Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman digunakan, ia terlebih dahulu perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan.

Sebelum itu, Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail telah menghantar surat kepada SPR berhubung kedudukan Abu Hassan dari Umno, yang didakwa hilang keanggotaannya.

Surat Dr Abdul Isa itu memaklumkan bahawa Abu Hassan hilang keanggotaan setelah dua kali gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Abu Hassan, Ketua Umno bahagian Jerlun menyandang kerusi DUN Kota Siputeh selama empat penggal berturut-turut.

Seksyen 51 Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

.......Baca selanjutnya »

Thursday, September 3, 2009

Persediaan Sambutan Ramadan Untuk Kanak-kanak

0 comments
  1. Belon ditulis 'Happy Ramadan' sebagai hiasan

    Membuat persiapan dengan membersih rumah dan menghiasinya dengan perkara yang digemari kanak-kanak seperti meniup belon kemudian digantung di bilik-bilik mereka atau di mana-mana ruang yang sesuai seperti di dapur.
  2. Menggantung poster-poster menarik yang mengandungi hadis-hadis berkenaan puasa atau foto-foto yang boleh dikaitkan dengan puasa.

    Dua perkara di atas merupakan usaha mewujudkan suasana meriah dan gembira bagi kanak-kanak. Juga makluman untuk mereka bahawa kita sedang berada di ambang Ramadan, bulan yang sangat diberkati. Moga ruh merasa gembira dengan kedatangan Ramadan itu dapat terus subur sehingga mereka dewasa.
  3. Sediakan permainan yang boleh melalaikan mereka dari mengingati makan dan minum.
  4. Mengadakan perjumpaan keluarga untuk diberi tazkirah dan menambah ilmu. Waktu yang baik dan sesuai ialah selepas Subuh dan selepas Maghrib. Jika tidak dapat buat setiap hari, lakukan 3 atau 4 kali seminggu dan lain-lain.

    Seelok-eloknya bapa yang bercakap kepada ahli keluarga. Perlakuan ini disandarkan kepada sikap Luqman al-Hakim yang kisahnya dimasyhurkan al-Quran. Ia memberi petunjuk bahawa percakapan bapa memberi kesan yang mendalam kepada isteri dan anak-anak. Adalah salah jika si bapa hanya mengharapkan isteri yang menasihati atau mengajar anak-anak.

    Teladan para nabi dan rasul juga menunjukkan bahawa sebagai pemimpin rumahtangga dan pemimpin ummah, kaum lelaki harus menyediakan ruang berbicara dengan ahli keluarga serta mengajar mereka. Kata-kata yang lahir dari jiwa suami dan bapa mempunyai kesan psikologi yang besar apabila dinyatakan secara hikmah.

    Jika didapati isteri dan anak-anak sukar mendengar kata, selidik terlebih dahulu sejauh mana taqwa kita kepada Allah. Mungkin kita menderhakai Allah di belakang anak isteri seperti mata yang liar memandang perempuan lain, suka bercakap perkara lagha, tidak menjaga batas pergaulan, tidak menjaga hati ibubapa, mencari rezeki yang syubhah atau haram dan lain-lain lagi.
  5. Beri perhatian kepada anak-anak perempuan yang hampir baligh. Ajar mereka fiqh berkaitan puasa.
  6. Mewujudkan taman al-Quran di bulan Ramadan. Caranya ialah menganjurkan anak-anak yang sudah pandai membaca al-Quran untuk membacanya setiap hari.

    Bagi anak-anak yang belum pandai, ajak mereka duduk sekali dengan kita agar mereka dapat mendengar bacaan kita atau bacaan dari adik-beradiknya yang lain.
  7. Memberi sedikit huraian mengenai ayat-ayat yang telah dibaca. Pilih topik yang mempunyai kaitan dengan kehidupan mereka.
  8. Mengajak anak-anak menghafaz surah-surah tertentu seperti surah al-Mulk dan sebagainya. Untuk Ramadan seterusnya, boleh ditambah dengan hafazan surah-surah lain pula.
  9. Meminta anak-anak menghafaz doa tertentu dan meminta mereka membaca doa. Kemudian doa itu diaminkan oleh ahli keluarga yang lain.
  10. Biasakan anak-anak menderma di bulan Ramadan. Untuk itu, perbelanjaan sekolah perlu juga diberi biarpun mereka berpuasa. Kalau tidak diberi penuh seperti hari biasa, memberi separuh perbelanjaan pun dikira memadai. Latih mereka berjimat cermat. Sebahagian perbelanjaan disimpan dan sebahagian lagi didermakan. Ceritakan kepada mereka kisah-kisah motivasi tentang kelebihan orang yang suka bersedekah.
  11. Sama-sama menunaikan solat terawih dan fardu Subuh berjemaah. Beri perhatian pada solat 5 waktu agar ditunaikan dengan lebih baik.
  12. Beri kefahaman kepada anak lelaki dan perempuan bahawa berpuasa tidak akan sempurna tanpa diiringi akhlak yang baik.
  13. Jika anak-anak suka menonton televisyen, maka pantaulah cerita yang ditontonnya. Beri garis panduan mengenai kisah-kisah yang baik ditonton dan yang tidak baik.
  14. Beri perhatian lebih pada anak-anak yang meningkat remaja. Perbaiki hubungan dengan mereka. Beri penghormatan atas kelebihan mereka dan beri kepercayaan pada sikap amanah mereka. Jadikan mereka sebagai kawan. Bersikap empati dan memberi sepenuh perhatian terhadap luahan hati mereka. Zahirkan kasih sayang pada mereka dan nasihati kesilapan mereka dengan lemah lembut.
  15. Akhir sekali, mohon pertolongan Allah agar memudahkan kita mendidik anak-anak serta diberikan hidayah untuk ahli keluarga.
dipetik dari: http://ratuhati.com
Insyaallah kita jadikan Ramadhan pada tahun ini yang terbaik dari seluruh Ramadhan sebelumnya .......Baca selanjutnya »

Assalamualaikum

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim....................
Segala pujian bagi Allah pencipta sekelian alam.

Dengan izin ALLAH, maka lahirlah ruang bicara bagi mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Kawasan Hulu Selangor (DPPNKHS). Perancangan untuk kelahiran sulung telah dirancangkan sejak hampir 2 bulan yang lepas, namun ketentuan ALLAH adalah segalanya. Cabaran dan dugaan ALHAMDULILLAH dapat ditangani sehingga terzahirlah
www. dpphuluselangor.blogspot.com

Semoga dengan kehadiran blog ini akan dapat membina satu platform dakwah yang kukuh dan dapat memberikan kebaikan kepada semua pihak. Amin

.......Baca selanjutnya »