ijtimak tarbawi dpp

ijtimak tarbawi dpp

Saturday, January 30, 2010

Khalid digantung jawatan, Hassan Ali diberi amaran

0 comments
Segala kemelut telah dapat diselesaikan.
AMIN!!!!!!!!!!!!!!!
=================================================================================
Harakahdaily
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 29 Jan: Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali diberi amaran bertulis berkuat kuasa hari ini.

Kedua dua mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS.

Khalid digantung daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS Pusat.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media selepas mesyuarat petang ini.

Menurut Tuan Ibrahim, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Manakala Hasan pula didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.

"Jawatankuasa disiplin telah membuat keputusan penghakiman pada petang ini setelah mengikuti prosedur siasatan.

"Kedua-duanya didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS Pusat," katanya.

Ekoran hukuman itu, kedua-duanya dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan PAS dan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun kedua-duanya boleh membuat rayuan kepada ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat dalam masa 30 hari bermula hari ini.

Turut hadir dalam sidang media itu dua lagi ahli jawatankuasa Datuk Wan Abdul Muttalib Embong dan Mohd Baqi Osman.

Muttalib pula berkata, hukuman bagi kesalahan di bawah fasal 75 perlembagaan terbahagi kepada empat iaitu memberi amaran, melucutkan mana-mana hak dalam parti, menggantung keahlian dan dipecat daripada menjadi ahli parti.

"Kedua-duanya didapti bersalah jadi kalau lepas ini mereka buat juga,jawatankuasa disiplin boleh panggil balik dan kita boleh hukum mereka di bawah mana-mana hukuman yang ada pada kita,"katanya.

Khalid bagaimanapun hanya menghantar wakilnya pada pertemuan petang tadi kerana beliau berada di luar negara.

Tuan Ibrahim dalam pada itu berharap agar keputusan yang dibuat itu menjadi satu panduan dan iktibar kepada pimpinan parti yang lain.

"Kita harap keputusan hari ini dapat menjadi panduan dan iktibar kepada pendokong parti bukan sahaja dalam konteks PAS tapi juag dalam konteks Pakatan Rakyat,"katanya.

Sementara itu, bercakap dalam sidang media yang berlainan, Hasan berkata beliau menerima keptusan itu dengan hati yang terbuka dan menganggap ianya sebagai satu proses pendidikan kepada dirinya.

"Dalam pertemuan selama setengah jam tadi, saya sudah menerima hukuman daripada lembaga disiplin parti dan saya diberi amaran.

"Saya terima dengan hati yang terbuka dan anggap apa yang berlaku ini sebagai proses pendidikan bagi diri saya,"katanya. .......Baca selanjutnya »

Thursday, January 14, 2010

JUARA RAKYAT

0 comments
Sepanjang mingggu lepas dihebohkan dengan program UMNO JUARA RAKYAT. Kebetulan barangkali pelancaran program ini dipilih di kawasan Hulu Selangor. Riuh rendah sekitar bukit sentosa dengan makcik-makcik bert-shirt merah dan pemudi berbaju pink.

Riuh satu negara dengan pengumuman juragan kapal yang hampir-hampir karam dengan peruntukan sebanyak RM15.6juta untuk membaiki bumbung bangunan yang rosak. Sekali imbas dari peringkat awal lagi agak musykil sebuah flat dibina dengan berbumbungkan asbestos ibarat sebuah rumah. Spesifikasi ini diluluskan???? Walaubagaimanapun itu bukanlah persoalan utama. Yang menjadi tajuk perbincangan dari manakah sumber rm15.6juta diperolehi?

Adakah dari kantung UMNO?
Adakah dari kantung kerajaan?
Mengapa agensi kerajaan digunakan dengan melantik salah seorang pegawai kanan kerajaan untuk melaksanakan bantuan ini?

Sekiranya duit ini datang dari kerajaan, maka amatlah tidak wajar UMNO menggunakan namanya. Hak duit kerajaan adalah hak rakyat, bukan hak sesetangah parti. Rakyat malaysia bayar cukai untuk kerajaan. Rakyat Malaysia ini bukan hanya ahli UMNO, malahan tidak keterlaluan barangkali lebih ramai ahli atau penyokong PR yang membayar cukai berbanding dengan UMNO...

Sememangnya UMNO sudah sebati dengan menyelewengkan fakta, kerajaan adalah UMNO dan UMNO adalah kerajaan. Inilah ideologi yang sentiasa diserapkan kepada pakcik makcik dikampung dan rakyat marhaein apabila peruntukan atau bantuan disalurkan. Ini melayakkan UMNO dilabelkan sebagai parti celaka.

Semoga UMNO menemui kehancuran.
Amin!!!!!! .......Baca selanjutnya »

Saturday, January 9, 2010

0 comments
.......Baca selanjutnya »

Video Demo Mesir

0 comments






.......Baca selanjutnya »

Friday, January 8, 2010

Sekitar Demonstrasi Aman di Kedutaan Mesir

1 comments
Seramai hampir 10 ahli DPPKHS telah menyertai himpunan demonstrasi aman di hadapan Kedutaan Besar MEsir Di Malaysia bagi membantah tindakan tidak berperikemanusian kerajaan Mesir menghalang kemasukan konvoi VIVA PALESTINA ke Gazza melalui sempadan
Mesir. Disamping menghalang kemasukan para sukarelawan, polis Mesir juga bertindak menahan mereka di penjara. Dilaporkan polis Mesir juga bertindak ganas sehingga menyebabkan para sukarelawan tercedera!

Permulaan himpunan di masjid Tabung Haji

Para peserta himpunan awal mendengar taklimat



Para pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menyampaikan ucapan


















Bersurai dalam keadaan yang teratur

TAKBIR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
.......Baca selanjutnya »

Lebih 1000 berhimpun bantah Mesir di Kedutaan Mesir, Ampang

0 comments
Harakahdaily: Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Lebih seribu berhimpun secara aman di hadapan Kedutaan Mesir di ibu negara hari ini bagi menyerahkan memorandum membantah tindakan kerajaan negara itu yang bersekongkol dengan Israel menindas umat Islam Palestin.

Himpunan anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) itu bermula di perkarangan Kompleks Tabung Haji selepas solat Jumaat tengahari tadi dan seterusnya berarak lebih kurang 4 kilometer ke bangunan Kedutaan Mesir yang terletak di Jalan Rhu, Ampang.

Perarakan diketuai Ketua DPPP, Nasrudin Hassan dan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub serta beberpa kepimpinan PAS lain.

Himpunan kali ini bagi membantah tindakan kerajaan Mesir yang menghalang pasukan konvoi Palestin di Pelabuhan El-Arish, yang mahu menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan bernilai lebih AS$1 juta kepada rakyat di sana.

Laungan takbir dan 'Hidup Islam', 'Hancur Yahudi, 'Bebas Palestin, Bebas Al Aqsa, 'Hancur Hosni Mubarak' bergema dalam perarakan itu.

Pelbagai bentuk bantahan dizahirkan termasuk memakai mafla warna bendera Palestin, sepanduk mengecam Mesir dan Israel serta bermacam lagi.

Turut bergema sepanjang perarakan adalah nyanyian lagu nasyid "Al-Amalulillah" yang bermaksud 'beramal kerana Allah' sebagai pembakar semangat peserta himpunan.

Pihak keselamatan mengawal baik himpunan dengan menjaga lalu lintas untuk memberi laluan kepada peserta himpunan.

Manakala pasukan Unit Amal menjadi barisan hadapan dan menjaga keselamatan peserta himpunan.

DPPP meminta pihak Kedutaan membenarkan lima wakil mereka masuk untuk meyerahkan memorandum namun hanya empat orang sahaja yang dibenarkan masuk.

Mereka ialah Salahudin, Nasrudin, Timbalan DPPP, Azman Shapawi Abdul Rani dan Ketua Muslimat, Nuridah Salleh.

Sementara menunggu pertemuan dan serahan memorandum selesai di dalam, beberapa peminpin berucap dengan menyampaikan pidato kepada peserta himpunan di luar pintu masuk bangunan kedutaan dengan dikawal sebilangan anggota unit simpanan persekutuan (FRU).

Antara yang berucap adalah Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat Dr. Dzulkifli Ahmad, Hanipa Maidin dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin.

Kesemua mereka mengutuk keras tindakan kerajaan Mesir yang didakwa bersekongkol dengan rejim Zionis menindas umat Islam Palestin.

Mereka juga menyeru Umat Islam seluruh dunia bangkit membuat penentangan berterusan di atas sikap kerajaan Mesir tersebut.

Memorandum bantahan berkenaan bagaimanapun berjaya diserahkan kepada Duta Mesir, Hani Abdel Kader Ahmed sendiri dalam pertemuan hampir 15 minit.

"Kami telah menyatakan hasrat kami agar Mesir memainkan peranan penting membenarkan aktivis antarabagsa menghantar bantuan mereka ke Gaza.

"Beliau berjanji untuk mainkan peranan penting dan menyatakan kesedian memberikan bantuan kepada umat Islam Palestin," beritahu Salahudin pada sidang media sejurus menyerahkan memorandum bantahan tersebut.

Selain itu, Mesir juga jelasnya perlu menunjukkan sikap lebih bertoleransi dan terbuka dalam meyelesaikan masalah umat Palestin dan tidak terus menerus dilihat sebagai boneka Amerika.

Di kesempatan sama, Salahuddin juga menyampaikan ucapan penghargaan tidak terhingga PAS buat semua badan-badan dunia sama ada Islam mahupun bukan Islam, yang sentiasa teguh di belakang umat Islam Palestin.

Manakala Nasrudin pula memberitahu, turut dituntut agar Mesir menghentikan usaha membina tembok di sempadan negara itu yang dilihat sengaja untuk mengepung penduduk Palestin.

"Kami juga meminta kerajaan Mesir segera menghentikan usaha membina tembok sepanjang 6 kilometer menyebabkan ummat Islam Palestin bagai terpenjara, dihalang makanan,minuman, bekalan perubatan.

"Andai kata berlaku peperangan, sudah tentu sukar bagi umat Islam Palestin untuk keluar menyelamatkan diri," kata Nasrudin.

.......Baca selanjutnya »

Dato' Seri Nizar Kembali Sihat.. Alhamdulillah

0 comments
Sumber: PerakEx
Dato' Seri Nizar Jamaluddin sedang berehat di katil hospital sambil sedang membaca komen-komen daripada para pembaca Perakex. Sementara itu diperhatikan oleh DS Fatimah Taat yang duduk dibelakangnya.
Dari FB Anaz

Info: pemilik kenderaan volvo yang dielak daripada dilanggar oleh Dato’ Seri Nizar ialah Isteri kepada Dr Fadly Cheah, pakar bedah jantung. Beliau yang juga doktor sebenar sedang bergegas ke bilik operation untuk membantu suaminya. Dr Fadly Cheah dah isteri baru sahaja lepas melawat Dato Seri Nizar. Saya terlepas untuk mengambil gambar. Untuk pengetahuan, Dr Fadly Cheah merupakan Pengerusi Persatuan Cina-Muslim Perak. Zambry dan Pakeh Adam melawat Dato Seri Nizar jam 11.00 malam tadi. Waktu line clear. Takut orang nampak. .......Baca selanjutnya »

Wednesday, January 6, 2010

Himpunan Aman membantah kerjasama Israel-Mesir

1 comments
PAS
Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
WEDNESDAY, 06 JANUARY 2010 03:36
Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyeru kepada semua ahli, pertubuhan NGO dan golongan yang simpati kepada nasib rakyat Palestin untuk menyertai Himpunan Aman membantah tindakan Kerajaan Mesir yang berkerjasama dengan Zionis Israel untuk menindas umat Islam di Gaza.


Kerajaan Mesir dilaporkan enggan membenarkan sebuah kapal yang membawa konvoi antarabangsa melibatkan 17 buah negara dengan150 kenderaan membawa beratus-ratus tan bekalan kemanusiaan masuk ke Gaza melalui pelabuhan Nuweiba di Laut Merah. Kerajaan Mesir telah mendesak konvoi Viva Palestina berkenaan menyerahkan bantuan melalui pelabuhan Mediterranean, iaitu jarak lebih jauh yang memerlukan konvoi berkenaan berpusing ke semenanjung Sinai dan melalui Terusan Suez sebelum sampai ke El Arish kelmarin.


Kezaliman Mesir ini jelas membuktikan sokong mereka kepada tindakan Israel yang menutup pintu sempadan di Nahal Ozz di timur pusat bandar Gaza dan mengepung rakyat Palestin dengan hanya membenarkan satu laluan sahaja dibuka untuk memasuki Gaza iaitu melalui Kerem Shalom di tenggara Semenanjung Gaza.


Tidak cukup dengan itu Mesir juga didapati menutup mata dengan tindakan Israel yang meluluskan pembinaan empat bangunan apartmen baru untuk peneroka haram Yahudi di timur Baitulmaqdis yang berada dalam Wilayah rakyat Palestin.


PAS kesal, kerana sebagai sebuah negara Islam dan anggota OIC, Mesir tergamak bersubahat dalam menindas rakyat Palestin. Justeru itu PAS menyokong tindakan sayap Pemuda PAS yang akan mengadakan Himpunan Aman dan menyerahkan memorandum bantahan pada 8 Januari 2010 (Jumaat).


PAS mengesa kepada rakyat Malaysia yang prihatin untuk berkumpul di Bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak sebelum berarak ke Kedutaan Mesir selepas solat Jumaat bagi menyatakan bantahan.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
.......Baca selanjutnya »